Posts

Showing posts from April, 2020

BICARA PROFESIONAL - PENGURUSAN DAN PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN

Image
Tarikh   : 27 April 2020 Hari      : Isnin Masa    : 9.00 pagi Bicara profesional berkaitan pengurusan dan persiapan buka sekolah setelah tamat tempoh PKP. Sesi perbincangan melalui google meet ini melibatkan semua barisan pentadbir SMK Jengka 6 yang terdiri daripada pengetua, semua GPK dan semua GKMP.

PROGRAM SANTUNAN UKHWAH KGKT SMKJ6

Image
Penyerahan sumbangan oleh AJK KGKT kepada semua pekerja dan AKP SMKJ6 yang telah diadakan pada 21 April 2020. Program ini adalah inisiatif KGKT SMKJ6 yang telah melancarkan tabung sumbangan dan mendapat kerjasama dari seluruh warga sekolah. Semoga usaha murni ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang dan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t

PENYERAHAN SUMBANGAN PPIM DAERAH MARAN DAN ZIARAH CAKNA

Image
Penyerahan sumbangan kasih sayang kepada pelajar dari Jengka 4, 5, 6 dan 7 oleh Skuad PPIM Daerah Maran yang diketuai oleh Puan Faridzah binti Ahmad, Pengetua SMK Jengka 6. Aktiviti yang berlangsung pada 11 April 2020 ini diharap dapat merapatkan ukhwah dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t Puan Faridzah juga mengambil kesempatan menziarah pelajar kita iaitu Muhammad Alif Hakimi bin Azran dari kelas 1 Uthman yang mengalami kecederaan akibat dipatuk ular di rumah pelajar tersebut. Didoakan semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.