MAJLIS GRADUASI DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019

Tarikh   : 20 November 2019
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari  
Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Jengka 6

Antara objektif penganjuran majlis ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pelajar, guru dan staf yang terlibat secara aktif dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. Ia juga bagi menyuntik semangat kepada semua pelajar supaya terlibat secara berterusan dalam semua bidang di samping memberi pengiktirafan kepada mereka yang meraih kejayaan dalam pelbagai bidang dan mengharumkan nama sekolah di semua peringkat.

Majlis yang julung kali diadakan ini melibatkan seramai 63 orang calon SPM SMK J6. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Aidil Haryman bin Mat Nor, Pegawai Khas YB PuanHajah Fuziah binti Salleh.










Comments

Popular posts from this blog

PENATARAN DIALOG PRESTASI DAERAH MARAN KALI KE 2, 2020