Terima Kasih KepadaMu Ya Allah

  Ya Allah Ya Tuhan kami yang pemurah dan pemberi rezeki, kami bersyukur kepada Mu yang telah mencurahkan rezeki yang melimpah ruah yang membolehkan kami menikmatinya dengan gembira .

Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Hebat, kau perturunkan rezeki kepada kami yang tak pernah kunjung padam, memberi ketenangan hati dan kegembiraan kepada kami khususnya warga SMK Jengka 6 untuk terus mencurah ilmu dan berbakti untuk kecemerlangan Pendidikan.
Alhamdullilah, keputusan SPM 2020 yang diumumkan, benar-benar membuat kami terharu dan bersyukur kepada Mu Ya Allah. Kesemua subjek telah meningkat GPMP antara 0.70 hingga 1.12 seterusnya melonjakan GPS. Kami keluar dari kepompong lama dengan izin Mu Ya Allah. Ya Allah, kau teruskanlah rapatkan hati-hati kami untuk terus berbakti kerana Mu Ya Allah.
Tahniah kepada semua guru SMKJ 6 yang hebat dan sentiasa bekerja keras untuk memberi ilmu serta meningkatkan prestasi pelajar. Terima kasih juga PSV yang dapat mengekalkan GPMP 1.68 dan 5 subjek lain yg dapat 100% lulus. 14 subjek meningkat dan mampu membuat lompatan saujana. BM & Sejarah mampu meningkatkan LMS dengan baik. Rekod subjek BI juga menunjukkan trend menaik walaupun sekolah kami di luar bandar. Mana yang belum bernasib baik, Insya Allah kita bersama-sama berganding bahu untuk mengubahnya. Terima kasih semua guru yang telah mencurah bakti, tanpa jemu bersama pelajar samaada melalui PdPR atau bersemuka. Kalian sentiasa tabah dan redha mengharungi pelbagai cabaran. Terima kasih juga kepada JPN, PPD Maran, Sip+, sics, ibubapa, komuniti dan rakan seperjuangan yang sentiasa membantu memberi motivasi untuk terus cemerlang.
Tahniah anak-anak SPM 2020 SMKJ6 yang telah dapat mengharungi cabaran pendemik covid 19 , kuarantin dan PKPD.
Kita teruskan JELEKIT untuk 2021....
ALHAMDULILLAH
Sujudsyukurpadamuyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN PPIM MERDEKA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH MARAN