Posts

Showing posts from 2022

Majlis Pelancaran Program NILAM dan Bulan Bahasa Tahun 2022

Image
  Majlis Pelancaran Program NILAM dan Bulan Bahasa Tahun 2022 Tarikh : 25 Julai 2022 (Isnin) Masa. : 7.30 pagi Tempat : Astaka Perhimpunan Antara objektif Program Nilam dan Bulan Bahasa ini antaranya dapat membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan pelajar, meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan apa yang dibaca, mengasah bakat pelajar dalam pelbagai bidang kemahiran bahasa dan merangsang minat pelajar terhadap bidang bahasa ke arah meningkatkan prestasi akademik secara sistematik dan berkesan.

Lawatan Penanda Aras SMK Jengka 6 ke PSS SMK Jengka Pusat

Image
  Lawatan Penanda Aras SMK Jengka 6 ke PSS SMK Jengka Pusat pada 21 Julai 2022. Jaringan dan kolaborasi perkongsian ilmu berkaitan PSS dalam menambahbaik pusat sumber sekolah yang sedia ada ke arah yang lebih baik terutamanya di dalam bidang pentadbiran dan pengurusannya. Terima kasih kepada SMKJP kerana menerima kedatangan kami dan layanan yang diberikan.😊

Taklimat Pelajar LS SPM bersama GPK1 dan GBKSM

Image
  Taklimat Pelajar LS SPM bersama GPK1 dan GBKSM Tarikh : 20 Julai 2022 (Rabu) Masa. : 12.00 tengah hari Tempat : Bilik Gerakan Bersama ke arah Kecemerlangan SMKJ6

Taklimat Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMP) kepada Pelajar Tingkatan 4

Image
  Taklimat Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMP) kepada Pelajar Tingkatan 4 oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu Tarikh : 19 Julai 2022 (Rabu) Masa. : 11.00 pagi Tempat : Dewan Zaaba

PROGRAM JALINAN MESRA SPM 2022

Image
  PROGRAM JALINAN MESRA SPM 2022 Tarikh : 18 Julai 2022 (Isnin) Masa. : 8.00 pagi Tempat : Dewan Zaaba SMK Jengka 6 Penceramah : Encik Samsi bin Tukiman Pegawai PKMD Temerloh Fasilitator : Encik Ahmad Saufi bin Mohamed Yusof dan Encik Zulkifli bin Nor, Pegawai PKMD Maran Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 5 yang hadir, PIBG, guru-guru dan AKP yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti sekolah untuk Program Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Objektifnya membantu meningkatkan tahap kecemerlangan secara holistik murid-murid SMKJ6 ke arah kemenjadian yang diharapkan dan merupakan platform kepada ibu bapa dan guru untuk Program Runding Cara daripada aspek masalah dan potensi murid-murid.

Penyampaian Hadiah Peratus Kehadiran Kelas Tertinggi Bulan Jun 2022

Image
  Penyampaian Hadiah Peratus Kehadiran Kelas Tertinggi Bulan Jun 2022 Menengah Rendah : 2 Saidina Ali Menengah Atas : 4 Saidina Umar Tahniah..tingkatkan kehadiran untuk bulan- bulan seterusnya

Kursus Kepimpinan Pelajar 2022

Image
  Alhamdulillah, selesai Kursus Kepimpinan Pelajar pada hari ini, 14 Julai 2022 melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Tertinggi Kokurikulum. Sekalung penghargaan kepada Unit HEM, Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling, PIBG dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Tahniah semua Kursus Kepimpinan pelajar ini diadakan dan diharapkan dapat menyerlahkan bakat kepimpinan dalam menggerakkan organisasi, mendedahkan kemahiran berkomunikasi sebagai pra syarat melaksanakan tugas dan arahan, melahirkan pemimpin pelajar yang lasak dan tahan diuji dari aspek fizikal dan mental serta melahirkan pemimpin yang mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.