Kursus Kepimpinan Pelajar 2022

 Alhamdulillah, selesai Kursus Kepimpinan Pelajar pada hari ini, 14 Julai 2022 melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Tertinggi Kokurikulum.

Sekalung penghargaan kepada Unit HEM, Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling, PIBG dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Tahniah semua👍👍👍
Kursus Kepimpinan pelajar ini diadakan dan diharapkan dapat menyerlahkan bakat kepimpinan dalam menggerakkan organisasi, mendedahkan kemahiran berkomunikasi sebagai pra syarat melaksanakan tugas dan arahan, melahirkan pemimpin pelajar yang lasak dan tahan diuji dari aspek fizikal dan mental serta melahirkan pemimpin yang mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.












Comments

Popular posts from this blog

PENATARAN DIALOG PRESTASI DAERAH MARAN KALI KE 2, 2020