Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada Ibu bapa / penjaga serta Penyerahan Pelaporan PBD Pertengahan Tahun 2022 Tingkatan 1 hingga 5.
Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)
Masa. : 12.30 tengah hari - 2.00 petang
Tempat : Dewan Zaaba SMKJ6, Kelas dan Bilik2 Khas
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya ajk program dan guru-guru kelas. Juga tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk sama2 menjayakan program ini, kehadiran yang sangat memberangsangkan iaitu seramai 232 orang.👏👏👏
Program ini merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa / penjaga dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian anak-anak. Ia juga bertujuan supaya ibu bapa mengambil tahu perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka serta berbincang dengan guru cara-cara dan langkah-langkah untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.






Comments

Popular posts from this blog

PENATARAN DIALOG PRESTASI DAERAH MARAN KALI KE 2, 2020