Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK Jengka 6

 Alhamdulillah..selesai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK Jengka 6 yang telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2022 bertempat di Rumah Warisan dan Sejarah Chenor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Chenor, Para Pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, AKP dan semua peserta perkhemahan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan ini.
Perkhemahan ini dapat mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan dalam bidang kokurikulum. Pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam dewesa kelak.
Tahniah semua..👍👍👍












Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN PPIM MERDEKA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH MARAN